Khamis, 8 Mei 2008

Pada 10 april 2008 bersamaan 3 Rabiulakhir, Orang yang paling aku sayang(ibuku) telah meninggalkan aku dan kembali ke rahmatullah.Pada hari itu tidak putus-putus orang kampung datang menziarah arwah ibuku.Aku dan keluargaku dalam kesedihan telah menguruskan jenazah arwah ibuku untuk pengebumian tetapi aku telah melihat sesuatu yang membuat hati aku berdetik dan terfikir.........?

dalam kelompok ramai yang aku lihat (yang aku tahu...dan aku kenal...orang2 kuat parti PAS dikampungku) bertungkus lumus membantu walaupum mereka tahu aku bukanlah seorg antara mereka....aku melihat seseorang yang aku pasti aku kenali tapi...siapa yer...

dia dikerumuni ramai yang bersalam dan bertanya khabar......pakaiannya biasa saja tapi ada sesuatu yang istimewa yang menarik ramai ......

siapakah dia...?

setelah saya amati....sesuatu yang mengejutkan saya dan juga mungkin orang ramai....dia adalah wakil rakyat PAS kawasan aku....aku terharu sebentar...bukanlah kerana kehadiran beliau sangat tapi dengan caranya.....dengan berkain pelikat coklat, berbaju melayu putih dan berkopiah putih....terlalu biasa dan tidak menonjolkan dirinya sebagai seorang ahli politik.....
dalam masa itu aku tercari-cari dimanakah wakil rakyat BN kawasan aku yang sepatutnya hadir sebagaimana sepatutnya?....

tahlil yang diadakan selama 7 malam juga ada dihadiri oleh beliau dan aku rasa cukup terharu...
sumbangan berupa wang tunai yang diberikan juga aku ucapkan jutaan terima kasih...

aku rasa keadaan ini yang membuatkan seorang pemimpin akan berada dekat dihati rakyat dan aku rasa pelajaran ini sangat berguna buat semua pemimpin parti diluar sana terutamanya UMNO.....

peristiwa ini berlaku disebuah kampung Landar, PASIR MAS, KELANTAN.....

doaku....semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.....
AL-FATIHAH.....

kepada pelayar blog ini...sila nyatakan apa yang bermain DIFIKIRAN ANDA.......

Isnin, 5 Mei 2008

Assalamualaikum

Assalamualaikum kepada sesiapa yang melawati blog ku ini.
Hari ini aku cipta laman blog ini dengan keinginan untuk meluahkan suara hati ku dan aku mengharapkan dengan luahan apa yang aku rasakan dapat dikongsi bersama samada dengan mereka yang pro atau kontra dengan apa yang aku rasa. Jadi tidak lah aku menyimpan perasaan secara bersendirian.
Oleh itu, selepas daripada ini, dari apa yang aku luahkan dari sudut hati kecilku, aku mengharapkan komen samada yang positif mahupun yang negatif, agar kita dapat melepaskan diri kita dari kemelot yang tersimpul dan akhirnya terikat begitu sahaja.
Sekian, selamat berinteraksi.